Disneyland 1972 Love the old s

AZMIRZA PERSONAL MOBILE BLOG

BerandaBlogProfile
Leganda Putri Menchanai ( Permaisuri Sultan Bolkiah ) - AZMIRZA MOBILE BLOG v5.0 09/05/24

NEWS UP TO DATE:

Source: Google news
Source: CNN

ASSALAMU,ALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH SELAMAT DATANG DI AZMIRZA PERSONAL MOBILE BLOG v5.0 SEMOGA BLOG INI DAPAT BERMANFAAT BAGI KITA SEMUA

PANTUN BUDAYA


Padat tembaga jangan dituang
Kalau dituang melepuh jari
Adat lembaga jangan dibuang
Kalau dibuang binasa negeri
Lebat kayu pantang ditebang
Sudah berbuah lalu berdaun
Adat Melayu pantang dibuang
Sudah pusaka turun-temurun

SALAM SANTUN DAN SALAM BUDAYA

BROWSER INFO:

Anda Menggunakan Perangkat : Mozilla/5.0 AppleWebKit/537.36 (KHTML, like Gecko; compatible; ClaudeBot/1.0; +claudebot@anthropic.com)
Dengan IP :18.223.134.29
Berasal Dari Negara : United States

Sudilah kiranya Tuan tinggalkan jejak di Buku Tamu sebagai Awal pengikat tali Silaturrahmi

BLOG ARTICLE

Leganda Putri Menchanai ( Permaisuri Sultan Bolkiah )

Leganda Putri Menchanai ( Permaisuri Sultan Bolkiah )
LAGENDA PUTERI LAILA MENCANAI (Permaisuri Sultan Bolkiah ) Lagenda Puteri Laila Mencanai (Permaisuri Sultan Bolkiah I) dikatakan berasal dari buih yang terkandung dalam serumpun kumpai di tengah laut telah ditemui oleh Sultan Bolkiah I, semasa dalam pelayaran. “Kemudian puteri itu telah diambil dan baginda jadikan permaisuri” . Legenda ini amat popular, malah diabadikan oleh seniman seniman tempatan seperti dalam bentuk teater dan lagu. Pada 10 Mac 1968 Shukri Zain, seorang penyair terkenal Brunei yang juga penerima Anugerah Saster MASTERA 2011 telah mengungkapkan dengan indah seni kata lagu “Puteri Laila Mencanai” seperti berikut: Serumpun kumpai di tengah lautan Dalamnya terkandung buih nan indah Darinya menjelma puteri rupawan Dijadikan isteri Sultan Bolkiah Puteri jelita Laila Mencanai Didapat baginda dalam pelayaran Kasih baginda tiada ternilai Hajat isterinya dapat ditunaikan Dalam pelayaran isterinya menjahit Jarum emas penyulam-nyulam Baginda perhatikan begitu asyik Sehingga tertidur dalam pangkuan Puteri pun terharu sulaman tak tentu Jarum tercucuk ke tangan baginda Bisanya jarum tawar tak selulu Mangkatlah baginda di tangan jelita Laila Mencanai berdukacita Akhirnya puteri menikam dirinya Meninggalkan wasiat bermakam sama Makam selarong bernisan tiga  Keterangan Dari Al Quran Namun, bagaimana kita boleh menerima penghinaan terhadap seorang permaisuri raja kita sebegitu rupa? Sedang Allah telah menerangkan mengenai kejadian buih dan sifat buih sebagai benda terbuang dan hanyut sementara air bersih yang berfaedah tetap menyerap kedalam bumi menyuburkan bumi Allah. Allah berfirman:  أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ “Ia menurunkan air hujan dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah dengan airnya menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.” (Ar Raad :17) Apapun justifikasi, hujah atau alasan kita perlu berpegang kepada kebenaran hakiki, seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut: فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَذَبَ عَلَى اللَّهِ وَكَذَّبَ بِالصِّدْقِ إِذْ جَاءَهُ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْكَافِرِينَ (Apabila berlaku demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (Az-Zumar : 32) SULTAN BOLKIAH Sultan Bolkiah ibni Almarhum Sultan Sulaiman merupakan Sultan Brunei ke-5.  Nama Bolkiah dikatakan diambil daripada nama Sharif Bolkiah bin Sharif Rumaithah yang merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Sharif Ali. Sebutan asalnya mungkin Abul Bolkiah tetapi ditukar menjadi Bolkiah.  Baginda merupakan seorang raja yang suka berangkat keluar negeri menggunakan kapal atau “ajung” yang diiringi dengan Nobat dan Gendang Kebesaran Diraja sehingga baginda mendapat gelaran Anakhuda Ragam atau Nakhoda Ragam. Kebanyakan negeri yang disinggahi oleh baginda akhirnya bernaung dibawah pemerintahan baginda.  Sewaktu belayar, baginda juga membawa lada hitam sebagai salah satu cara merekod jumlah negeri, pulau-pulau atau tempat yang baginda telah baginda lawati.  Pulau terakhir yang baginda singgah dalam sesi pelayaran baginda adalah Pulau Segantang Lada yang terletak berhampiran Singapura. Sewaktu ketiadaan baginda dalam negeri terutamanya ketika belayar, baginda akan melantik anakanda baginda, Pengiran Muda Tengah Abdul Kahar sebagai Pemangku Sultan. Sultan Bolkiah mangkat sewaktu bersama permaisurinya yang termasyhur bernama Puteri Laila Menchanai didalam sebuah kapal sewaktu dalam perjalanan pulang ke Brunei.  Menurut tradisi lisan, Puteri Laila Menchanai berasal dari buih yang terkandung dalam segumpal rumpair telah dijumpai oleh Sultan Bolkiah di tengah laut.  Puteri Laila Menchanai telah diambil oleh baginda lalu dijadikan permaisuri. Berbalik kepada kisah kemangkatan baginda, dikatakan ketika itu baginda sedang tidur dipangkuan Puteri Laila Menchanai yang sedang menyulam/menjahit  dan jarum emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai  telah tercucuk baginda menyebabkan baginda mangkat. Ada juga cerita yang menyatakan baginda mangkat disebabkan salah faham oleh seorang sahabat permaisurinya. Kemangkatan baginda tidak dimaklumkan oleh Puteri Laila Menchanai kepada semua anak kapal dalam pelayaran tersebut.  Puteri Laila Menchanai  telah memberi alasan bahawa bau busuk yang dihidu oleh mereka merupakan bau bangkai tikus. Kemangkatan baginda akhirnya dimaklumkan oleh Puteri Laila Menchanai kepada Pemangku Sultan iaitu Pengiran Muda Tengah  Abdul Kahar setelah rombongan mereka selama sampai ke Brunei.  Selepas memaklumkan berita kemangkatan ini, Puteri Laila Menchanai dikatakan telah membunuh diri dan dimakamkan bersama Sultan Bolkiah di Kota Batu.  Makam Sultan Bolkiah diletakkan dua batu nisan manakala makan Puteri Laila Menchanai diletakkan satu batu nisan. Makam Al-Marhum telah dibina oleh anakandanya, Sultan Abdul Kahar sebagai penghormatan kepada  ayahanda baginda yang merupakan seorang Sultan yang terkenal  dan tersohor ketika itu.  Makam baginda diperbuat daripada batu pasir atau sand stone yang lebih dikenali sebagai Batu Acheh.  Batu yang sama juga telah digunakan oleh Sultan-Sultan /Pembesar Melayu terutamanya di Aceh sebagai binaan makam mereka. Makam baginda sungguh indah dan disulami dengan seni ukiran dan tulisan ayat al-Quraan.  Makam ini dibina oleh tukang khas yang didatangkan dari jawa dengan bantuan ayahanda mertua Sultan Abdul Kahar.  Dibatu nisan baginda tertulis tarih kemangkatan baginda pada 09 Ramadhan 930 bersamaan 11 Julai 1524. sebuah makam yang begitu besar dan tinggi yang diperbuat daripada Batu Aceh.  selama ini kita hanya melihat nisan yang diperbuat daripada Batu Aceh dan pernah juga melihat binaan Batu Aceh di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah tetapi tidaklah seperti Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah yang ada di Brunei ini. Syukur Alhamdulillah saya dapat sendiri melihat dan memegang batu-batu berukir yang begitu indah sekali yang jarang-jarang ditemui sekarang di Kepulauan Melayu kecuali di Aceh, Indonesia. Semoga dapat memberi panduan atau dijadikan sumber rujukan kepada kita semua mengenai Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah. #FolksOfBanjar #FolksOfBrunei #KindomOfBrunei #Bruneian #LailaMencanai #JunjungBuih #Sulu #Brunei #BorneoHistory #BorneoCulture #MalayCultureAndHistory #BruneiRoyalFamily #BanjarRoyalFamily #PerakRoyalFamily #SuluRoyalFamily
Back to posts
This post has no comments - be the first one!

UNDER MAINTENANCE
MENU NAVIGASI
Download Lagu Melayu BanjarJavaScript CodeOld Browser Collections
Link 4Link 5Link 6

OFFICIAL PARTNER :

Kesultanan Banjar (Official Website)

PARTNER LINK /FACEBOOK GROUP:

  • Mahligai Kesultanan Melayu Banjar (Group)
  • Mahligai Kesultanan Melayu Banjar (Fanpage)
  • Lembaga Adat Kerajaan Poelaoe Laoet
  • Zuriyat Gusti Kacil Dan Bubuhan Banjar Bangka
  • Kerajaan Inderagiri Riau
  • Pusaka Nusantara(Official)
  • Jejak Rekam (Media Online Banua)
  • CONTACT ME :

    Call Me via Phone or Whatsapp
    Sms Me

    SOCIAL MEDIA

    My FacebookMy TwitterMy InstagramMy Youtube Channel
    Follow @aziezmirza
    JADWAL WAKTU SHALAT
    MASUKKAN NAMA KOTA :



    JEJAK PENDAPAT

    Bagaimanakah Menurut anda tentang Blog ini ?


    TOTAL KUNJUNGAN:

    Hari ini :12909 Orang

    AZMIRZA EL-BANJARY™
    ALL RIGHTS RESERVED
    COPYRIGHTS©2007

    Mahligai Kesultanan Melayu Banjar (Group)